the friends

Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

Friday, June 17, 2011

mulianya ISTERI

Mulianya seorang isteri disisi Allah...
Dan betapa berharganya wanita yang bergelar isteri
ini pada keluarga, suami dan anak-anak
Rugi dan binasalah suami-suami yang tidak menghargai isteri
mereka kerana isteri inilah yang akan membantu mereka di akhirat kelak.
Biarlah buruk mana isteri anda,
sayangilah mereka.....

Beruntungnya seorang wanita yg ada rahim ini ialah dia bekerja
dengan Tuhan... jadi 'kilang ' manusia.
Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh...
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang
tetapi Allah anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.
Cuti bersalin juga sehingga 60 hari.
Cuti ini bukan cuti suka hati
tapi cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah.
Orang lelaki tak ada cuti dari sembahyang.. .
sembahyang wajib baginya dari baligh sehingga habis
nyawanya.

Satu lagi berita gembira untuk wanita,
Sepanjang dia mengandung
Allah sentiasa mengampunkan dosanya,
Lahir saja bayi seluruh dosanya habis.
Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita,
jadi kenapa perlu takut nak beranak?

Marilah kita pegang kepada tali Allah.
Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap
mati syahid, Allah izinkan terus masuk Syurga.
Untuk orang kafir dia tak dapat masuk Syurga tapi
Allah beri kelonggaran siksa kubur.
Untuk peringatan semua wanita yang bersuami
seluruh kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala
tetapi dosa-dosa suami dia tak tanggung.

Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan
terperanjat dengan pahala extra yang banyak dia
terima diatas segala kebaikan suaminya yang tak disedari.
Contohnya bila dia redho suaminya pergi berjemaah di masjid
atau ke majlis ilmu, bersedekah.. ganjaran Alah keatasnya jua..

Bila dia lihat suaminya tengah terhegeh-hegeh di titian
Sirat dia tak nak masuk syuga tanpa suaminya,
jadi dia pun memberi pahalanya kepada
suami untuk lepas masuk syurga.
Didunia lagi, kalau suami dalam kesusahan
isteri boleh bantu tambah lagi di akhirat.
Kalau seorang isteri asyik merungut,mulut selalu muncung
terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra ini.

Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat didalam dan
diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri yang tak dididik
dia akan tanggung ditambah lagi dengan dosa-dosa yang lain..
Dinasihatkan kepada semua wanita supaya faham akan syariat
Allah agar tidak derhaka denganNya.

Sesungguhnya wanita dijadikan daripada rusuk kiri lelaki.
Dia bukan dicipta dari kepala ke kaki,juga bukan dari tapak
kaki. Dia dicipta dari sebelah rusuk kiri lelaki supaya dia hampir
kepada kamu(lelaki) ,lengan lelaki dicipta untuk mempertahankan
wanita,dekat dengan hati lelaki untuk disayangi.

Woman was made from the rib of man,
She was not created from his head to top him,
Nor form his feet to be stepped upon,
She was made from his side to be close to him,
From beneath his arm to be protected by him,
Near his heart to be loved by him.

" Wahai Tuhan ...
ku tak layak ke syurgamu ...
namun tak pula aku sanggup ke nerakamu...
kamilah hamba yang mengharap belas darimu ...

"Ya Allah...
jadikanlah kami hamba2 mu yang bertaqwa ...
ampunkan dosa2 kami, kedua ibubapa kami,
dosa semua umat2 islam yang masih hidup mahupun yang telah
meninggal dunia"......

Kubur itu gelap, cahayanya ialah Laa Ilaaha IllalLah.
Jika diletakkan langit dan bumi di sebelah dacing, dan kalimah ini
di sebelah yang satu lagi, pasti lebih berat lagi nilai kalimah 'Laa ilaaha illalLah' ini.
Rasulullah saw. bersabda (mafhumnya): "Wahai sahabat! Ucaplah 'Laa ilaaha illalLah',
KITA pasti berjaya!"

entry di diadaptasi dr note kak linda !

Thursday, May 26, 2011

page kena HACKED!!!

choi...tajuk suspen gile kn!!



mane x nye..me myself pn cuak gile semalam ( 25.05.2011 ) bile page lubuk emas reddishlicious org laen xbleh bukak!!! fuhh..da rse mcm nk menangis je...sape la dengki sgt ni kan!

so bermula la operasi meng CREATE page baru anna abdullah KL ...
so now on sy ade 2 page..
1, reddishlicious
2, anna abdullah KL

 tup2 arini bukak FB kengkawan ckp da boleh bukak plk page lame 2...so xtw la sme ade kne hacked atau kebengongan FB yg ptt dipersalah kn.. hurm,,,geram sgt!!!

tp ape leh buat...mengeluh je la..
tats it for today!! bubye...

Monday, May 23, 2011

wordless monday

its a wordless Monday

i never look to any other brands after 'playtex tampons' is being my friend for 3 past years...
kotex
carefree
libresse
its such a lovely friend when im moody..
its a friend that never break u down..
its a friend that i recommended most to other gurls out there, especially when u r in heavy flow..


Wednesday, May 11, 2011

simpanan matlamat perkahwinan

Hasrat hati ingin segera berkahwin, Namun, gelora hati tiada siapa yang tahi tatkala melihat penyata kewangan. Pastinya sayu melihat jumlah simpanan yang ada. Mengapa boleh terjadi begini? Bukankah setiap bulan lebihan gaji disimpan? Tetapi jumlah wang yang diinginkn masih lg tidak mencukupi...


Bagi anda yg bakal mendirikan rumah tangga pastinya situsi ini bakal melanda.. mendebarkan nmun dgn berkat kesabaran ketabahan mengumpul wang, akhirnya impian bersama yg trsayang tercapai..

SIMPANAN
anda perlu mula mmbuat simpanan dari awal, bukan apabila anda rasa sesuai menyimpan. simpanan pula harus ditingkatkn apabila krg prbelanjaan atau mndapat bonus, ketika itu, anda mndapat wang extra...jd apa salah jika simpanan anda di extra kn =)

TABUNG KECEMASAN
tabung kecemasan hanyan untuk semasa kecemasan shj. wjudkan tabung kecemasan ini utk menghindari dri anda drp berhutang apabila tiba saat2 yang tidak diingini. wlu bgaimana pn, jgn guna tabung kecemasan ini untuk perbelanjaan harian @ SALE!!!

Monday, May 9, 2011

dulang hantaran


rasulullah bersabda : "salinglah kalian memberi hadiah, nescaya kalian akan saling mencintai" [al-Adab al-Mufrad, hadis no : 594 dengan sanad yang hasan] Dan saling memberi hadiah adalah sesuatu yang dianjurkan dalam islam.

Merujuk kepada amalam dulang2 hantaran, ia merupakan adat masyarakat melayu di Malaysia. Sekalipun adat, ia memiliki dasar di dalam islam iaitu dulang2 tersebut merupakan hadiah di antara pengantin pihak lelaki dan perempuan. Diharapkan dengan pertukaran hadiah2 tersebut, ia akan dapat menjalin hubungan silaturahim dan kasih sayang yang baik antara kedua2 keluarga pengantin.

walau bagaimanapun, syara2 hadiah adalah ia diberikan secara ikhlas, mengikut kemampuan pemberi dan tidak bertujuan untuk menunjuk2 atau berbangga2 dihadapan orang lain. Oleh itu amalam memberi dan bertukar dulang2 hantaran di antara pengantin hendaklah dilakukan secara ikhlas, yakni hendaklah mengharapkan balasan dan keredhaan ALLAH. ia hendaklah disediakan dengan kos yang selari dengan kemampuan pemberi, jangan sehingga berhutang atau makam mi segera semata2 untuk menyediakan dulang hantaran.

Perkara yang perlu diingat ialah, persediaan dulang2 hantaran adalah untuk mengeratkn silaturahim dan kasih sayang antada kedua2 pihak pengantin. Maka jangan jadikan sumber menunjuk2 kehebatan, kemewahan dan status kepada orang lain.