the friends

Monday, May 9, 2011

dulang hantaran


rasulullah bersabda : "salinglah kalian memberi hadiah, nescaya kalian akan saling mencintai" [al-Adab al-Mufrad, hadis no : 594 dengan sanad yang hasan] Dan saling memberi hadiah adalah sesuatu yang dianjurkan dalam islam.

Merujuk kepada amalam dulang2 hantaran, ia merupakan adat masyarakat melayu di Malaysia. Sekalipun adat, ia memiliki dasar di dalam islam iaitu dulang2 tersebut merupakan hadiah di antara pengantin pihak lelaki dan perempuan. Diharapkan dengan pertukaran hadiah2 tersebut, ia akan dapat menjalin hubungan silaturahim dan kasih sayang yang baik antara kedua2 keluarga pengantin.

walau bagaimanapun, syara2 hadiah adalah ia diberikan secara ikhlas, mengikut kemampuan pemberi dan tidak bertujuan untuk menunjuk2 atau berbangga2 dihadapan orang lain. Oleh itu amalam memberi dan bertukar dulang2 hantaran di antara pengantin hendaklah dilakukan secara ikhlas, yakni hendaklah mengharapkan balasan dan keredhaan ALLAH. ia hendaklah disediakan dengan kos yang selari dengan kemampuan pemberi, jangan sehingga berhutang atau makam mi segera semata2 untuk menyediakan dulang hantaran.

Perkara yang perlu diingat ialah, persediaan dulang2 hantaran adalah untuk mengeratkn silaturahim dan kasih sayang antada kedua2 pihak pengantin. Maka jangan jadikan sumber menunjuk2 kehebatan, kemewahan dan status kepada orang lain.

No comments:

Post a Comment